CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 27, 2011

heart less


Assalamualaikum kawan2



lagi beberapa hari syawal akan tiba, tapi apa yang saya rasakan sepanjang ramadhan hati saya tidak terlalu hidup mengingati Allah, tidak terlalu teruja berbuat sebanyak2-banyaknya amal ibadah.

Astarfirullah
Astarfirullah
Astarfirullah

saya dah mensia-siakan peluang yang Allah bagi. saya tak cuba sedekah kepada sesiapa pun, saya tak teruja untuk senyum pada semua orang, saya masih bermalas-malasan bt keje rumah. hati saya tidak ingat Allah sebanyak-bnyaknye. saya tak tunjukkan contoh yang baik untuk adik beradik . (gaduh je =p ) semua ni menjadikan ramadhan yang saya lalui amat tak bermakna. dan saya menulis post ini dalam keadaan hati saya sangat-sangat down. Down dengan dosa2 yang saya lakukan. merasa kesal kerana tidak BERSEGERA melakukan kebaikan. semua ini menjadikan hati saya jauh dari Allah



















saya amat berharap dipertemukan ramadhan lagi agar saya berpeluang semula merebut cinta Allah


TAPI

nak bt baik tak perlu tunggu ramadhan tahun depan kan.. mulakan sekarang, jadikan ramadhan yang ini, pemangkin untuk kita berbuat lebih bnyak kebaikan.

Hidupkan hati kita dengan mengingati Allah
Jangan berputus asa dari rahmat Allah





Allah bawa hatiku dekat padaMu

amin
amin
amin





Friday, August 12, 2011

patience



assalamualaikum semua .


mood baru. selepas mnghabiskan degree, macam2 plan dalam kepala. nak tu nak ni. tapi sekarang, satu pun tak terbuat lagi. sedih :(

"kita merancang, Allah menentukan"


teruskan usaha
plan betul2 apa yang mahu dibuat















semoga ramadhan yang hadir memberikan saya kekuatan yang lebih.


yakinlah janji Allah

Wednesday, August 10, 2011

:))

lama tak update blog~~ will update soon. insyaAllah

Friday, April 1, 2011

pasangan yang beriman ~




assalamualaikum semua :)




masa blogwalking, terjumpa satu artikel ni. menarik :) teringin nak share kat sini. moga sama2 dapat manfaat ^_^



Saya tertarik pada sebuah doa yang pertama dalam sejarah. Doa ini dilafazkan dan dipanjatkan oleh manusia yang pertama, di saat berpijak di muka bumi, juga buat kali pertama.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi- al A'raf ayat 23.

Pertemuan Dua Kekasih.

Semua orang sedia maklum. Selepas berlaku peristiwa termakan buah khuldi, Allah s.w.t murka dan menghantarkan Nabi Adam a.s dan Hawa ke bumi. Pun, mereka tidak diletakkan bersama-sama. Mereka dipisahkan. Lalu, keduanya dengan penuh rasa insaf dan taubat merayu kepada Allah dan meminta keampunan.

Ya. Allah Maha Pengampun. Keduanya diampunkan dan dipertemukan kembali. Dan, doa itu menjadi satu tali yang menghubungkan kedua suami-isteri yang terpisah tadi.

Untuk kita, hari ini kita tidak tahu siapa jodoh kita, tapi insyaAllah berkat doa ini, satu ketika nanti Allah akan temukan dengan si dia, yang juga beramal dan mengharap dengan doa ini.

Isteri Solehah.

Tak perlu saya ulang sebut akan hadis tentang mencari jodoh. Rasanya semua orang tahu bahawa keutamaan harus dilorongkan pada aspek agama, kemudian baru cantik, keturunan dan harta menyusul.

Cuma, persoalannya ialah mengapa agama yang dititik beratkan?

Sedikit perkongsian daripada saya.

Penting sangatkah untuk kaum pria mencari gadis solehah untuk dijadikan pendamping hidupnya?

Jawapannya bukan lagi penting, kerana yang tepat ialah ia adalah terlalu penting!

Saya yakin benar, bahawa hidup ini sebenarnya terlalu pendek untuk dikongsi bersama dengan si pencari dunia. Itu prinsip saya, pemahaman saya dan pegangan saya.

Untuk memilih pasangan hidup, dia tidak hanya akan menjadi teman di dunia ini tetapi di akhirat. Sekiranya di dunia dia memberi masalah, pasti di akhirat dia akan memberi mudharat yang jauh lebih besar.

Gadis yang solehah adalah lebih bernilai daripada longgokan permata di dasar laut yang paling dalam. Ini kerana gadis solehah tidak mengimpikan suaminya menjadi pendamping di dunia cuma, tetapi di akhirat juga sama.

Sekali lagi, kenapa perlu kepada pasangan yang beriman?

Ini adalah kerana saya melihat matlamat perkahwinan itu ialah agar pada kedua mempelai, akan ada peningkatan amal, peningkatan ibadah, peningkatan akhlak dan peningkatan taqwa. Jika kalian memilih pasangan yang kurang menitik beratkan agama, maka kalian akan mendapati bahawa untuk melaksanakan suatu sunnah yang besar pun akan menjadi suatu yang sukar.



Kesimpulan.

Inilah yang saya faham. Memiliki pasangan yang mahukan agama bererti kita memiliki sebelah sayap untuk ke langit. Hanya tinggal kita untuk mula mengibar-ngibar sebelah sayap lagi untuk menuju ke sana.

Yang akhir, saya meminta keampunan kepada Allah kiranya artikel kali ini menimbulkan mudharat yang di luar kehendak saya. Kerana, saya bukan orang yang sesuai untuk berbisik-bisik tentang urusan yang besar ini. Moga saya menjadi orang yang mengotakan janji.

bayyinat

Monday, March 28, 2011

penyucian jiwa~

keinginan untuk berubah dan segera menjayakannya



bukan kejap lagi. tapi SEKARANG . no tangguh anymore!

now

now

now!

Sunday, March 27, 2011

taubat ~

semoga Allah menerima taubat saya . semoga saya masih dalam kasih sayang Allah.
" jngan berputus asa dari rahmat Allah"

bangkit mawaddah ! bngkit dari dosa lalu


Saturday, March 26, 2011

mode : down ~

saya down. tolong la . tolong la. bnyak betul bende lagha saya bt. aMpunkan aku ya Allah. bile hati sedang bermaksiat amat sukar ketenangan datang.sukar untuk istiqamah bila syaitan mnguasai diri. dhuda, mathurat, istighfar, zikir, terbang entah ke mana. 'Allah beri aku kekuatan . amin amin. amin, Allah bntu aku. aku mahu jadi hamba seperti yang Engkau inginkan'

saya budak baru belajar

my first post ! alhamdulillah. finally ~ my first blog . di saat diri sedang down ..
Allah please guide us throuh straight  way . amin amin.